Tuesday, December 25, 2012

milik siapa ?



wahai sang pencari cinta ,
sedarkah kamu bahawa perjalanan ini msh jauh ,
mengapa terlalu mudah meluahkan rasa ,
sedangkan hatimu belum mengerti apa itu cinta .

wahai sang pemburu rindu ,
sudah cukupkah ilmu yg ada di dada ?
adakah kamu mahu berhenti sampai di sini ?
di manakah kamu sembunyikan cita-citamu ?
ke mana perginya impian setinggi gunung ?
adakah kamu akan kuburkan segala-galanya hanya kerna cinta manusia ?

bangkitlah wahai mursyid sejati ,
tegakkan iman yg semakin pudar ,
hapuskan segala godaan iblis ,
buktikan cintamu hanya padaNya .

sedarlah wahai bidadari syurga ,
hiasilah dirimu dengan pakaian takwa ,
jernihkan wajahmu dgn air mata keinsafan ,
luahkan kerinduanmu pada pemilik nyawamu .

~ cinta itu terlalu suci ~
~ kasih sayang itu terlalu berharga ~
~ rindu itu terlalu bererti ~

* jgn terlalu murah memberi hati *
* jgn terlalu mudah menerima cinta *
* jgn terlalu senang mengikat janji * 
   
 
   

No comments:

Post a Comment