Wednesday, March 23, 2016

bahagia

Ramai org merungut ckp yg hidup dia x bahagia, byk masalah kena hadapi, buat itu x kena, buat ini x kena..lpstu ckp xder org syg dia, xder yg pedulikan dia, family x ambk tahu psl dia..mcm2 lah kan..tapi pernah x terfikir knp kita x bahagiakan jer diri kita sendiri ? knp mesti tunggu org lain yg bg "bahagia" tu kat kita ? kita x mampu ker nak buat diri sendiri bahagia ? urmm,,yerlah, bila kita tgk org yg baru kahwin lpstu dia post gmbar2 "bahagia" kat instagram mesti kita trus ckp "bahagianya hdup dia bila dah khwin"..dahtu, derita sgt ker hidup kita yg x kahwin nie ? lg satu, yakin ker yg dia tu "bahagia" dgn hdup dia sdgkan kita x tahu pwn mcm mana khidupan dia..logik lah, xkan dia nak post gmbar tgh bergaduh kot..mestilah dia post gmbar2 yg "hpy ending" jer..so ? kenapa kita nie suka sgt ckp yg hidup kita x bahagia mcm org lain..ehh, bukak mata lah..knp selalu nk samakan cerita kita dgn cerita org lain..sdgkan Allah ciptakan cop ibu jari si kembar pwn berbeza..inikan pulak jalan hidup kita dgn jiran sebelah..of course lah totally different..sebenarnya kan kita nie ada hak utk bahagia..bahagia tu adalah perasaan..perasaan yg kdg2 kita sendiri xleh nk ungkap sbbnya kita yg rasa bahagia tu..kita tgk Johan buat lawak pwn kita rasa bahagiakan ? betul x ? so, knp ckp yg hidup kita nie x bahagia ? susah ker nak wujudkan rasa bahagia tu ? x susah pwn..bahagiakan diri dgn cara yg tersendiri..bahagia tu bukan maksudnya hdup yg xder masalah..bukan namanya kehidupan tanpa kewujudan masalah..Allah dah janji, hanya dgn mengingati Dia hati menjadi tenang..bukankah rasa tenang itu adalah "bahagia" ? kalau rasa xder org yg syg kita, knp nak risau ? Allah kan ada..x payah nak tunggu org sambut birthday kita, org belanja kita mkn baru nak ase bahagia..bukan tu caranya..bahagia itu dalaman bukan luaran..kalau stress dgn keadaan sekeliling, cthnya ramai yg benci dgn sikap kita ker, xder yg nak berkawan dgn kita ker, rasa hidup nie sorang2, cubalah fikir semula..Allah bagi kita akal supaya kita blh kawal perasaan..mmg xkan ada yang faham diri kita sbb kdg2 kita sendiri pwn x faham apa yg kita nak sebenarnya..tapi kita x blh lupa yg Allah tu sentiasa memahami kita..Dia tahu apa yg kita nak..Dia tahu apa yg terbaik utk kita..senyum lah utk diri sendiri..cakap kat hati, "aku bahagia" ..

Jom layan lagu jap .. :)



#BahagiakanHidupmu

Saturday, March 19, 2016

sendiri

Bahagia  . . .
amat sukar untuk ditafsir ,
juga payah untuk diungkap ,
apatah lagi untuk dicerita .
bahagia itu tidak terzahir ,
hanya terlahir di lubuk hati .

Kecewa . . .
datang dan pergi tiada berhenti ,
terasa sakit menikam sanubari ,
tiada dikongsi terbiar sendiri ,
biarkan lenyap berlalu sepi .

Itulah hakikat hidup insani , 
bahagia , kecewa silih berganti ,
teruskan hidup meskipun sendiri . 

















Thursday, March 17, 2016

cuba lah dulu ..


Alhamdulillah .. akhirnya dapat jugak aku siapkan assignment utk subjek polisi sosial dan undang2 nie .. betapa gigihnya aku sampai kol 3 pagi baru dapat tidur . aku bukan buat kerja last minute kay , tapi aku dah terpaksa ambik masa 2 hari utk cari maklumat yg tepat utk buat benda alah tu . pasal dasar negara kot mane boleh main hentam jer kan . kenalah ambik daripada sumber yg betul2 sahih . lepas dah complete semua maklumat barulah continue buat mindmap tu . masuk yg part mindmap nie lah aku nak kena guna bakat2 terpencil aku . aku mmg x suka buat kerja cincai2 . mmg kena betul2 puas hati . kena betul2 yakin , barulah aku akan hantar hasil kerja aku tu . bab2 kerja mmg aku ambik serius . x kisahlah full mark utk assignment tu 5 ker 10 ker 30 ker . yang penting aku buat dengan sehabis baik . sebenarnya, aku bukan nak cerita pasal tu pwn . aku nak kongsi sikit pasal ayat "belum cuba, belum tahu". sbbnya kan kita nie takut giler bab2 utk mencuba sesuatu nie . yerlah, x cuba lagi dah ckp "aku x pandai lah" , "aku x pernah buat" , "aku x der bakat utk buat mcm tu" . nampak x ayat2 yg mmg selalu lah kita ckp kan bila kita kena buat something yg kita rasa kita x mampu nak buat sedangkan kita x cuba buat pwn lagi . tapi yg peliknya, berani pulak kan bila nak buat benda2 yg x elok . nie lah masalah budak2 remaja skrg nie . yg elok tu x nak cuba buat tp kalau yg x elok tu berani jer nak try . aku x ckp kat org lain yer , aku ckp kat diri aku sndri jugak nie . contoh yg baru jer terjadi kat diri aku . bukan main lagi aku ase aku x blh nak siapkan assignment kat atas tu . aku ckp yg aku x pandai melukis lah . x kreatif . x ada idea . lpstu siap mengumpat pensyarah aku lagi sebab bagi assignment yg menyusahkan . tapi tgk lah hasil nya tu . menjadi jugak kan . lepastu plak tibe2 pandai plak aku lukis "warga kartun" tu . x tahu lah sejak bila jd pelukis . tapi itulah alkisahnya . sebelum buat punyalah x yakin yg aku blh siapkan mindmap se"comel" itu . tapi bila dah siap baru lah ase mcm "waa,, pandai jgk aku lukis ek" . alaa,, x salah pwn nak bangga diri dgn hasil kerja sendiri asalkan benda tu blh buat kau ase lebih yakin . so skrg percaya x dengan kata2 hikmah "belum cuba, belum tahu" ? 

#JomUbahPersepsiDiri

stress



sebab sekarang tgh stress buat assignment yg x tahu bila blh siap nie, 
so layan lagu nie lah kejap .
nak ulang kat part " jadi x mahu ragu2 syg " tu jer byk2 kali .. hahaha .. 
sebab rentak kat part tu ase mcm nk "hinjutkan bahu" + lirik tu jer yg ingt .. huhu.. 
okay , dah blh sambung buat assignment kot . bye3 .. :)

Wednesday, March 16, 2016

Penatnya hidup .

Penat. Penat tu satu ungkapan yang mmg kita x boleh lari dpd menyebutnya. Penat belajar. Penat bekerja. Penat kemas rumah. Penat dengan sikap manusia. Penat nak hadapi masalah yg sama. Semua org akan sebut perkataan tu. Mungkin kita x sedar berapa kali dalam sehari kita sebut "penat" sebabnya kadang2 suma tu hadir dengan sendirinya. Dan mungkin jugak kita x sebut pwn tapi dpd tingkah laku kita, perasaan kita, reaksi muka kita, semua tu dapat menggambarkan yang kita nie tengah penat sgt. Penat dengan apa ? Penat dengan kehidupan lah kan.. Sebabnya kita kan objek yg bernyawa. Objek yang hidup. Bila namanya "hidup" , maka sememangnya kita nie akan ada rasa penat. Betul kan ? Haiwan pwn ade rasa penat. Tumbuhan pwn ade rasa penat. Cuma kita nie adalah sebaik-baik ciptaan. Jadinya, kita nie ada akal, ada iman yg membuatkan kita blh kawal rasa penat tu. Of course lah klw penat kita kena rehat kan ? Tapi persoalannya rehat yg mcm mana ? Pernah x kita fikir yg kita nie adalah hamba Allah yg x tahu bersyukur ? Sebabnya kita x gunakan nikmat yg Dia bagi. Kenapa sy ckp mcm tu ? Okay, apa tujuan Allah ciptakan siang dan malam ? Dalam quran kan dah ada sebut, Allah ciptakan siang utk kita bekerja dan mlm utk kita berehat. So,, kenapa kita nak rasa yang hidup nie penat sgt sedangkan Allah dah bagi kita jalan. Allah dah bagi kita petunjuk. Saya pasti semua org pernah rasa betapa nikmatnya kita dapat tidur selepas penat buat kerja harian. Huh, rasa yang xleh nak gambarkan bila dapat jer naik atas katil lepastu tarik selimut ditambah lagi dengan peluk bantal busuk. Nikmat kan rasa tu ? Yerlah, badan dah letih seharian buat kerja, seharian ke hulur ke hilir, seharian jugak otak kena bergerak utk selesaikan masalah lepastu balik jer rumah, balik bilik ker, balik kolej ker terus mandi, solat, makan dan buatlah apa2 yg patut dulu dan terakhirnya kita akan berehat iaitu tidur lah kan. Tapi cuba kalau kita nie xder buat apa-apa pwn. Okay, mlm tu mcm biasalah kita tidur lpstu bgn pkul 12 tgh hari, mandi, makan, tgk tv, tidur lpstu ulang buat suma tu lagi dlm masa seminggu, sebulan atau mungkin setahun. Agak2nya ada "life" x org yg mcm tu ?Agak2nya jugak dia dapat x rasa nikmat tidur tu ? haaa... sebab tulah Allah bagi kita rasa penat bila kita kena buat byk kerja, kena siapkan itu, siapkan ini, kena fikir masalah tu, kena hadap perangai manusia dan mcm2 lagi lah kan. Sebabnya Allah nak bagi kita rasa nikmat berehat. Nikmat tidur. Allah xkan jadikan sesuatu tu sia2. Cuba bayangkan klw kita nie Allah x bg tidur lpstu Allah suruh kita kerja jer. Blh survive x agak2nya ? Memang mati kering lah jwbnya kan. Sebab tu Allah tu Maha Berkuasa. Allah tu Maha Bijak. Sebelum tamat coretan sy nie, sebelum sy terlupa, nikmat rehat jugak adalah bila kita solat dan beribadah kepadaNya. Ingat, solat tu bukan buat kita rasa penat tp menghilangkan rasa penat.

#JomSama-samaPerbaikiDiri

Monday, March 14, 2016

senyum jer :)

Jika didongak ke langit biru, 
awan tetap di situ ..
Jika dipandang laut yang luas,
ombak tetap memukul ..
Jika dilihat bulan nan satu , 
bentuknya kekal begitu ..
Jika tersenyum dek bintang beribu , 
Itulah aku penunggu setia ..

Ini bukan puisi rindu ,
Ini bukan madah bercinta ,
Ini cuma bisikan jiwa ,
Buat peneman duka lara ..

Aku menulis dengan caraku ,
kerna ini kemampuan aku ..
Bukan niat untuk tarikan ,
jauh sekali buat pameran ..














Itu kamu

Lakarlah wahai hati ,
Coretlah duhai jiwa ,
Luahkanlah segala ...

Mengapa disimpan semua rasa ?
Bukankah itu menyakitkan ?

Mengapa dipendam semua derita ?
Bukankah itu menyesakkan ?

Kehidupan ini milik kamu ,
Bahagialah kamu apa adanya ..
Usah dibanding cerita mereka ,
Kerna kamu adalah jasadmu ..

Teruslah tersenyum meskipun pahit ,
Kekuatan itu bukan dicipta tapi dilatih ..

:)