Wednesday, March 16, 2016

Penatnya hidup .

Penat. Penat tu satu ungkapan yang mmg kita x boleh lari dpd menyebutnya. Penat belajar. Penat bekerja. Penat kemas rumah. Penat dengan sikap manusia. Penat nak hadapi masalah yg sama. Semua org akan sebut perkataan tu. Mungkin kita x sedar berapa kali dalam sehari kita sebut "penat" sebabnya kadang2 suma tu hadir dengan sendirinya. Dan mungkin jugak kita x sebut pwn tapi dpd tingkah laku kita, perasaan kita, reaksi muka kita, semua tu dapat menggambarkan yang kita nie tengah penat sgt. Penat dengan apa ? Penat dengan kehidupan lah kan.. Sebabnya kita kan objek yg bernyawa. Objek yang hidup. Bila namanya "hidup" , maka sememangnya kita nie akan ada rasa penat. Betul kan ? Haiwan pwn ade rasa penat. Tumbuhan pwn ade rasa penat. Cuma kita nie adalah sebaik-baik ciptaan. Jadinya, kita nie ada akal, ada iman yg membuatkan kita blh kawal rasa penat tu. Of course lah klw penat kita kena rehat kan ? Tapi persoalannya rehat yg mcm mana ? Pernah x kita fikir yg kita nie adalah hamba Allah yg x tahu bersyukur ? Sebabnya kita x gunakan nikmat yg Dia bagi. Kenapa sy ckp mcm tu ? Okay, apa tujuan Allah ciptakan siang dan malam ? Dalam quran kan dah ada sebut, Allah ciptakan siang utk kita bekerja dan mlm utk kita berehat. So,, kenapa kita nak rasa yang hidup nie penat sgt sedangkan Allah dah bagi kita jalan. Allah dah bagi kita petunjuk. Saya pasti semua org pernah rasa betapa nikmatnya kita dapat tidur selepas penat buat kerja harian. Huh, rasa yang xleh nak gambarkan bila dapat jer naik atas katil lepastu tarik selimut ditambah lagi dengan peluk bantal busuk. Nikmat kan rasa tu ? Yerlah, badan dah letih seharian buat kerja, seharian ke hulur ke hilir, seharian jugak otak kena bergerak utk selesaikan masalah lepastu balik jer rumah, balik bilik ker, balik kolej ker terus mandi, solat, makan dan buatlah apa2 yg patut dulu dan terakhirnya kita akan berehat iaitu tidur lah kan. Tapi cuba kalau kita nie xder buat apa-apa pwn. Okay, mlm tu mcm biasalah kita tidur lpstu bgn pkul 12 tgh hari, mandi, makan, tgk tv, tidur lpstu ulang buat suma tu lagi dlm masa seminggu, sebulan atau mungkin setahun. Agak2nya ada "life" x org yg mcm tu ?Agak2nya jugak dia dapat x rasa nikmat tidur tu ? haaa... sebab tulah Allah bagi kita rasa penat bila kita kena buat byk kerja, kena siapkan itu, siapkan ini, kena fikir masalah tu, kena hadap perangai manusia dan mcm2 lagi lah kan. Sebabnya Allah nak bagi kita rasa nikmat berehat. Nikmat tidur. Allah xkan jadikan sesuatu tu sia2. Cuba bayangkan klw kita nie Allah x bg tidur lpstu Allah suruh kita kerja jer. Blh survive x agak2nya ? Memang mati kering lah jwbnya kan. Sebab tu Allah tu Maha Berkuasa. Allah tu Maha Bijak. Sebelum tamat coretan sy nie, sebelum sy terlupa, nikmat rehat jugak adalah bila kita solat dan beribadah kepadaNya. Ingat, solat tu bukan buat kita rasa penat tp menghilangkan rasa penat.

#JomSama-samaPerbaikiDiri

No comments:

Post a Comment