Monday, April 11, 2016

usah gusar

dunia kan terus berputar,
tidak kan terhenti walau sesaat,
dan itulah kehidupan,
berjalan dengan pelbagai cabaran.

pahit manis itu lumrah,
tangis dan tawa itu berpisah tiada,
selagi jantung berdegup,
harungi semuanya dengan rela.

---------------------------------------

walau ke lautan kamu menyeberang,
walau ke gunung kamu mendaki,
walau ke bintang kamu meneroka,
dugaan hidup kan tetap mengekori ...

kentalkan hati hadapi semua,
teguhkan jiwa lalui segala,
yang mustahil itu tetap kan ada ...

--------------------------------------

jika berpijak di bumi buatmu lelah,
terbanglah ke awan ..
jika pandangan ke tanah buatmu gelisah,
dongaklah ke langit ..

jangan mengalah dengan kehidupan,
semua yang tersirat ada hikmahnya,
yakinlah dengan setiap aturan ..  









Wednesday, April 6, 2016

kita berbeza

cepatnya masa berlalu , ase macam baru semalam masuk tadika tapi hakikatnya dah masuk alam 20-an .. macam-macam kan dugaan, drama, filem yang terjadi dalam tempoh 21 tahun hidup nie .. betullah org cakap , hanya pengalaman yang blh buat kita jd dewasa dan pengalaman tulah sebenarnya sekolah yg terbaik utk kita .. tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak dulu dan semua kenangan tu xkan dapat kita ulang balik .. best kan klw dapat terus hidup dlm kenangan .. ase bahagia sgt bila "throwback" semua tu .. zaman sekarang semua dah canggih , beza sgt dengan khidupan dulu .. gaya hidup asyik ikut trend terkini yang entah apa-apa jer , hp asyik lekat kat tgn ,  berckp guna bahasa yg x tahu dri mne wjudnya , cerita kat tv asyik buat "cerita cinta" jer lpstu masalah sosial mmg org pandang sebelah mata jer ... yerlah, mmg bumi nie dah tua sgt dah sampai manusia dah lupa apa tujuan hidup kat dunia nie .. disebabkan semua dah canggih jd manusia pwn dah x dapat beza antara bau tahi ayam dgn bau bunga mawar .. aku kesian tgk budak2 generasi "alpha" nie .. muda-muda lagi dah tahu guna istilah "kapel" , "hipster" , "raver".. kalau zaman aku sekolah rendah dulu, yg aku tahu pergi sekolah, pergi mengaji, pergi KAFA, join aktiviti kat sekolah lpstu hjung mggu atau musim cuti sekolah barulah keluar main ngn kwn2, ngn jiran2 ... main video game yg gune tape tu, main bola "bayang", main "lompat getah", main masak2, main guli .. kalau balik kg pwn sama jugak .. tu jerlah permainan yg bdk2 zaman 90an main .. tapi skrg ? budak2 sekolah rendah dah ada akaun instagram, facebook, telegram lpstu post gambar2 kat media sosial tu .. stalker artis , buka youtube hafal lirik lagu-lagu cinta, usha2 makwe/pakwe .. budak2 nie x bersalah pwn dgn apa yg berlaku sbb keadaan semasa yg membuatkan hidup mereka terdedah dgn semua nie .. mereka semua ada mata utk melihat , ada telinga utk mendengar dan ada tgn + kaki utk meniru apa yg dilihat dan apa yg didengar .. kita ibu ayah, kakak2, abang2 yang bertanggungjawab utk didik genereasi "alpha" nie .. kalau kita sendiri yg mencipta sesuatu yg buruk dan mempersembahkannya kpd adik2 xkan ada sebab utk mereka tidak meniru semua tu .. zaman kanak2 adalah zaman di mana kita akan sentiasa memerhati keadaan sekeliling dan zaman remaja merupakan zaman di mana yg dikejar adalah keseronokan .. fikir-fikirkanlah ..



#RinduZamanKanak-kanak

waktu kan terus berjalan tetapi kenangan kan tetap di situ .. 
abadikan segala kenangan dalam ingatan  ..


Saturday, April 2, 2016

manusia

tidak akan engkau fahami 
kerna yang merasa itu aku 

tidak akan engkau mengerti
kerna yang terhiris itu aku

tidak akan engkau rasai 
kerna yang meraung itu aku 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

aku berharap engkau memahami
engkau inginkan aku mengerti 
hakikatnya, 
fahamikah engkau akan derita aku ?
fahamkah aku akan cerita engkau ?

aku dan engkau makhluk tercipta,
bukankah kita punya pencipta ?

berharaplah hanya padaNya 
bergantunglah dengan kekuatanNya
berserahlah untuk redhaNya 

kerna, 
hanya Dia yang memahami
hanya Dia yang mengerti
hanya Dia yang merasai ...

#BerserahDiriHanyaPadaNya