Thursday, March 28, 2013

' nikmatNya '

agak-agaknya lah berapa peratus manusia kat dunia nie yg blh terima kenyataan bahawa kecantikan fizikal hanyalah kecantikan yg sementara sahaja ? mungkin bg hamba Allah yg betul2 tahu erti kesyukuran , mereka sedar hakikat ini namun , mcm mana pulak bg mereka yg masih tidak sedar akan semua ini ?...adakah mereka mampu menerima takdir yg telah ditentukan ? because , most of us yg telah dilahirkan sempurna anggota badan nie still nak ubah ciptaan Allah..yg tuu , kirenyer golongan hamba2Nya yg masih tak tahu mana satu anugerah Allah yg paling berharga ..anugerah yang sememangnya wajib disyukuri setiap saat..actually , kes yg aku nk kongsikan kat sini berbeza sikit dgn apa yg aku cakapkan tuu..ok ! al-kisah nyer macam nie...seorang yg dilahirkan cantik dan apabila dia semakin meningkat dewasa , kecantikannya semakin menyerlah..blh dikatakan setiap manusia yg mengenalinya akan memuji dirinya..jd , dia sudah lali dgn pujian manusia dan sampai suatu saat , dia merasakan bahawa dirinya memang wajib dipuji dan kehidupannya tidak akan bahagia tanpa menerima pujiaan..tp tatkala dipuji , dia sentiasa merendah diri..dan itu cuma imej semata-mata kerana hakikat yg sebenarnye , dia sudah mencapai tahap bangga diri  sehinggakan dia merasakan org2 di sekelilingnyer cemburu dgn kecantikan tesebut..dan satu hal lagi , dia tidak memerlukan make-up yg belapis-lapis..tidak perlu berfesyen..dia seorang yg simple..maybe dia merasakan bahawa dia telah menjadi manusia yg bersyukur sbb dia tidak berlebih-lebihan tp pada masa yg sama , dia terlalu yakin bahawa kecantikan itu akan kekal dan dia sudah menjadi manusia yg sempurna..sehinggalah tibanyer suatu saat , Allah telah menduga dirinya dgn sesuatu yg tidak dpt dia terima..Allah telah menarik kembali nikmat kecantikan yg ada pada dirinya..dia tidak cacat..anggota badannya masih lengkap..cuma , warna kulitnya berubah menjadi agak gelap sedikit..keadaan ini berlaku setelah dia terpaksa mengikuti suatu kem latihan..dia terpaksa berjemur di tengah panas dalam tempoh waktu yg agak lama..tatkala pulang dari latihan tersebut , teman2nya mula menyedari perubahan yg berlaku pada wajahnya..dan dia mula berasa rendah diri..dia tidak lagi secantik dahulu..setiap kali bertemu dgn org2 yg mengenali dirinyer..dia akan ditegur..sehinggakan dia berasa tertekan dgn apa yg telah berlaku..dia tidak dpt menerima keadaan tersebut..dia mula berasa benci dgn semua org..dipendekkan cerita , akhirnyer dia mulai sedar bahawa selama ini dia hidup dgn pujian manusia..dia lupa bahawa Allah blh melakukan apa2 sahaja yg dikehendakiNya..klw nak diikutkan , wajahnya akan kembali cerah..namun , disebabkan sifat riak , dia lupa diri..lupa akan kewujudannya di dunia ini adalah kehendak Ilahi...

harapnyer ,,,,, perkongsian ini dpt memberi manfaat buat semua ! ! ! ...
 peringatan sesama Islam ... =)





No comments:

Post a Comment