Wednesday, January 2, 2013

jaga hati ,yer !


hehehehehe....
sukelah baca ayt nie.... 
jgn pikir bkn2 , kay !
sje jew letak gmb0 nie...
nk ngtkan kpd .............. tuutt ! 
( joke3.. hu hu hu .. xde spe2 pwn sbenarnyer )
nk ingtkan utk kita semua jewlah ...
supaya yakin dgn ketentuanNya ..
kalau ade jodoh , ade lah tuu...

nk share ckit ! copy ! !
Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui, saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta...
Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA...
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH...
Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..

 ♡ cukup cintai dia dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya...tetapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia...tetapi meraih syurgaNya bukan kerana lemah menghadapinya...tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup...

♡ cukup cintai dia dengan kesederhanaan
memupuknya hanya akan menambah penderitaan...menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan...

♡ maka cintailah dia dengan keikhlasan
kerana tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Talib diingini oleh hati...tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al-Farisi..??

~ Pilihan Allah itu yang TerbaiK ~

"..boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui.." ( QS. AL BAQARAH : 216 )

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan..kerana tiada yang tahu rencana Allah..mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan..serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya..biarlah Dia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya...

" Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain , pasti kehormatan dirinya akan terjaga " ( Umar bin Khattab r.a )

No comments:

Post a Comment