Thursday, September 13, 2012

aku...scoliosis ???

SCOLIOSIS ??? maybe rmai yg x pernah dgr n lihat pwn perkataan nie..n aku..aku pwn bru jew search psl penyakit nie..ok..ad jgk yg ckp scoliosis bkn pnyakit...ntah..aku pwn xtaw nk komen ap sbb aku msh lg baru mengenai perkara nie..yg pasti..aku penghidap scoliosis..

Scoliosis ialah istilah perubatan yang merujuk kepada keadaan tidak normal di mana tulang belakang seseorang itu membengkok ke kanan atau ke kiri, atau boleh juga ia berpusing. Jika dilihat pada x-ray dari sudut hadapan, tulang belakang seorang pesakit scoliosis akan membentuk lebih kepada huruf ‘S’ atau pun ‘C’ berbanding bentuk lurus pada orang normal.Kebanyakkan pesakit menganggap sebagai perkara biasa sahaja.Tetapi sebenarnya ianya merupakan sakit yang yang berbahaya sekiranya tidak ditangani.

komplikasi jika tidak dirawat
 
# Kerosakan paru-paru dan jantung. Ini boleh berlaku jika tulang
belakang membengkok melebihi 70 darjah. Tulang rusuk akan menekan
paru-paru dan jantung, menyebabkan pesakit sukar bernafas dan cepat
penat.

Malah, jantung juga akan mengalami kesukaran mengepam darah. Dalam

keadaan ini, pesakit lebih mudah terdedah kepada jangkitan paru-paru
dan pneumonia.

# Sakit tulang belakang. Semua pesakit, sama ada dewasa atau

kanak-kanak, berisiko tinggi mengalami masalah sakit belakang kronik.

Jika tidak dirawat, pesakit mungkin boleh menghidap masalah sakit

sendi. Tulang belakang juga mengalami lebih banyak masalah apabila
pesakit berumur 50 atau 60 tahun.

# Masalah imej. Biasanya pesakit berasa rendah diri, malu dan kurang

yakin untuk berdepan orang lain kerana badan mereka tidak seimbang,
tinggi atau senget sebelah.

# Kemurungan. Ini antara masalah psikologi yang paling dikhuatiri

pakar perubatan. Pesakit akan lebih mudah mengalami kemurungan dan
rasa sedih melampau.
 

KOS

Kos rawatan scoliosis agak tinggi kerana ia melibatkan pemasangan implant yang mengandungi beberapa rod, skru, plat & kabel, ditambah lagi ia adalah sejenis pembedahan yang rumit dan bukan semua doktor berupaya melakukan pembedahan ini.
Kalau tidak silap saya, kos rawatan di hospital kerajaan adalah di antara RM 15,000-25,000 bergantung kepada jumlah skru yang akan digunakan. Pakar bedah tulang belakang akan menentukan jumlah skru berdasarkan bahagian tulang yang bengkok dan keseriusan bengkok tersebut,. Manakala di hospital swasta, kosnya boleh mencecah sehingga RM 40,000 tidak termasuk kos pembedahan dan caj hospital.

RISIKO PEMBEDAHAN
Jangkawaktu satu-satu pembedahan scoliosis ialah antara 2 hingga 10 jam bergantung kepada keadaan kes. Sepertimana pembedahan lain, pembedahan scoliosis juga terdedah kepada risiko jangkitan, pendarahan & juga komplikasi anesthetic(bius). Selain itu, keadaan seperti wujudnya darah beku di paru-paru & kecederaan saraf tunjang juga boleh berlaku.
Lebih berusia seseorang pesakit itu, maka lebih besar risiko yang perlu dihadapinya. Bagi seorang ‘adult scoliosis’, kemungkinan untuk mengalami jangkitan ataupun pneumonia adalah lebih tinggi berbanding pesakit yang lebih muda.
Meskipun begitu, risiko pembedahan scoliosis tidak terhad kepada risiko-risiko seperti di atas tetapi juga melibatkan keadaan yang mungkin memerlukan pembedahan ulangan seperti:
· Pseudoarthrosis(percantuman tulang yang tidak sembuh sepeti yang sepatutnya)
· Bengkok tidak berkurangan(bagi kes yang menggunakan Harrigton Rod Instrumentation)
· Instrument (skru/plat) patah ataupun longgar.
· Jangkitan dan/atau kesakitan pada graf tulang


[ copy from scoliosis' blogger...http://lolipop089.blogspot.com/ , http://afida91.blogspot.com/ ]

mungkin perkara yg dinyatakan di atas msh x berlaku pd aku dan aku sendiri xkan pilih jln utk buat operation...aku yakin aku bukan penghidap scoliosis yg teruk dan ad jalan len yg blh bantu aku utk betulkan balik tulang belakang nie..kiropraktik..aku pilih utk jalani rawatan nie..yup..nie perubatan secara alternatif..rawatan nie agak sakit..tp sekurang-kurangnya rawatan nie x 'tebuk' mana2 bahagian badan aku..insya-Allah..dgn izinNya..aku akan kembali normal..ap yg ptg..aku kne jge pmkanann n ikwt suma perkara yg  pesakit scoliosis blh buat n xleh buat..




2 comments:

  1. haiii~~~
    nak tnye.. scolio brpa degree??
    :)
    be strongg yaa mnghdapi smua ni...
    visit my blogg..:)

    ReplyDelete