Tuesday, November 2, 2010

Renungkanlah..Hayatilah..Jadikan pandUan hidup..

SEIKHLAS KELAPA TUA
Hari demi hari yang berlalu,mengubah rupa dan warna. Bukan itu saja,masa yang berlalu juga mengubah rasa. Tetapi yang paling penting,setiap kali berubah,ia lebih istimewa dan berguna. 
Siapa yang tak kenal kelapa tua? Ramai sungguh yang tahu kegunaannya terutama generasi lama. Generasi muda kebanyakannya hanya mahukan nikmatnya tetapi tidak pernah ambil peduli tentangnya.Apatah lagi cara dan peranannya. Bertuah manusia,mengecapi berbagai nikmat dengan ciptaan Tuhan yang hebat ini. Sayang tidak ramai yang selalu mengucapkan syukur. Tidak seperti kelapa tua.
Sepenting mana pun ia,kewujudannya selalu tidak diendahkan orang kecuali mereka yang mahu mengutip keuntungan darinya. Kerana itu,kelapa tua tidak menjadi topik perbncangan. Tidah juga dikaitkan dgn isu atau masalah. Mungkin bila terliur dgn ikan keli masak lemak,barulah kelapa tua dicari.
Apa pun,kelapa tua x pernah susah hati. Ia x kisah kalau x dicari. Apa tidaknya,jatuh di mana pun ia dpt tumbuh kembali. Kalau x,dia bersenang-lenang trgntung di atas pokoknya,terbuai menikmati bayu di ketinggian sana.
Lazimnya,ia terbuai-buai x lama. Dalam keseronokan menikmati keindahan alam buana,tiba-tiba ia disentak keras. Ada sahaja yg dtg menjolok dgn galah yg pjg. Kadang2 terselit di hujung galah,parang tajam yg sgt mengerikan. Ahh...lama mana ia dpt bertahan. Sementelahan ia tlh berusia,mudah saja dirinya menyerah kalah.
Bila tangkainya lemah dijolok berkali-kali,maka gugurlah ia berpusing-pusing jatuh ke bumi. Gugurnya bknlah rndah. Bukan setakat 2,3 meter tetapi setinggi 8-10 meter barulah mencecah bumi. Bunyinya berdentum keras. Kalau kepala org,sudah pasti bersepai otak. Mujurlah Tuhan yg Maha Baik mnciptakan kulitnya bersabut mengelilingi tmpurungnya. Kalau x,tentu manusia x dpt menikmati kelapa tua apabila tmpurungnya berkecai dan isinya hncur dek terhempas begitu kuat. Setiap ciptaan Tuhan ada fungsinya. Namun,manusia sering lalai dan x sempat utk mnghayatinya.
Msalah kelapa tua x terhenti di situ sahaja. Itu baru mukadimahnya. Ia dkutip dan selalunya dbaling2 ke sana ke sini utk dkumpulkan. Setelah itu kulit sabutnya dikoyak dan dibuang. Proses ini bkn setakat sekali tetak tetapi brpuluh2 kali parang menusuk ke dlm kulit sabutnya. Seksanya x blh diceritakan. 
Bila tggl tempurung sahaja,si kelapa tua msh nmpak cantik. Tetapi manusia bkn tahu hndak menilai seni yg sperti ini. Tempurung yg ctk itu ditetak pula di tgh2nya hgga terbelah mnjadi 2. Tersembur dan mngalirlah air jernih dan terdedahlah isinya yg putih serlah.
Tidak cukup dgn itu,isi yg putih itu dikukur lalu jatuh berserpihan ke dlm besen. Kdg2 isinya dikorek dan diparut hgga lumat. Dari isi yg tlh diumpil hgga terpisah dgn tmpurung yg selama ini mlindunginya,dmasukkan ke dlm mesin,dhancurkan dan terus diperah. Manusia hnya tahu menadah santannya sahaja.
Tempurungnya dbuang. Kdg2 dbakar. Begitulah manusia,x ada apa yg akan dhargai kecuali yg mndtgkan keuntungan.
Hancurlah ia. Yg tggl hanya isinya yg sdh lumat dikukur. Utk menambah seksanya lg,dituang pula air ke dlm isi tersebut,dramas2 dan dperah2. Alangkah seksanya! Kemudian ia dtapis mnjadi santan. Kelapa tua yg dulunya bul;at,kini hanya tggl cecair putih. Itulah santan yg diidam-idamkan.
Minyak sdh panas. Bawang merah,putih,halia,rempah dan rencah tlh dtumis. Dmsukkan pula ikan bawal dan akhir sekali,santan lemak memutih dtuang,mnjadi plengkap rasa. Bau harum pun merebak. Lalu org bertanya, "gulai apa itu?" dijawab pula, "gulai ikan bawal!" 
Gulai yg mndpt nama. Ikan bawal juga yg mndpt nama. Jasa kelapa tua tenggelam begitu saja. Perjlnan yg begitu pjg dan mnyeksakan x ada yg ambil kira. Riwayat hdpnya tamat begitu sahaja.

Alangkah indahnya kalau kita dpt berjasa seperti si kelapa tua. Jasa yg dberikan bkn utk dipuja. Bukan utk dkenang dan mndapat nama. Tetapi utk ta'abud dan mnghambakan diri kpd Tuhan.
 
BIARLAH JASA-JASA KITA X NAMPAK DI MATA ORG TETAPI ADA DALAM PERHATIAN TUHAN!!!
 


No comments:

Post a Comment