Ku serah segala ketentuan Biarlah masa yang berbicara Dipangku wajah yang layu Dan aku telah jemu
Aku tidak mahu berpaling Pada yang mengganggu dan menggugat Sapanya meletihkan diri Hadirnya mengundang penat
Akan ku serah cinta ini Bukan lagi pada manusia Kerana cinta martabat itu Bersalut segunung kepalsuan Dan kepuraan
Aku semakin tidak peduli Apa yang mungkin akan terjadi Kerana gerak dan tindakanku Mahu bebas dari masalah
Ku serahkan cinta ini Hanya padaMu, oh Tuhan
Akan ku serah cinta ini Bukan lagi pada manusia Kerana cinta martabat itu Bersalut segunung kepalsuan Dan kepuraan
Aku adalah aku sekarang Biar terbuang tetap berjuang Akan ku serahkan jiwa ini Sepenuh hati dengan keikhlasan Aku adalah aku yang sekarang Ku serahkan cinta ini