dunia kan terus berputar,
tidak kan terhenti walau sesaat,
dan itulah kehidupan,
berjalan dengan pelbagai cabaran.
pahit manis itu lumrah,
tangis dan tawa itu berpisah tiada,
selagi jantung berdegup,
harungi semuanya dengan rela.
---------------------------------------
walau ke lautan kamu menyeberang,
walau ke gunung kamu mendaki,
walau ke bintang kamu meneroka,
dugaan hidup kan tetap mengekori ...
kentalkan hati hadapi semua,
teguhkan jiwa lalui segala,
yang mustahil itu tetap kan ada ...
--------------------------------------
jika berpijak di bumi buatmu lelah,
terbanglah ke awan ..
jika pandangan ke tanah buatmu gelisah,
dongaklah ke langit ..
jangan mengalah dengan kehidupan,
semua yang tersirat ada hikmahnya,
yakinlah dengan setiap aturan ..
... givE me a smilE ... *_*
Monday, April 11, 2016
Wednesday, April 6, 2016
kita berbeza
cepatnya masa berlalu , ase macam baru semalam masuk tadika tapi hakikatnya dah masuk alam 20-an .. macam-macam kan dugaan, drama, filem yang terjadi dalam tempoh 21 tahun hidup nie .. betullah org cakap , hanya pengalaman yang blh buat kita jd dewasa dan pengalaman tulah sebenarnya sekolah yg terbaik utk kita .. tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak dulu dan semua kenangan tu xkan dapat kita ulang balik .. best kan klw dapat terus hidup dlm kenangan .. ase bahagia sgt bila "throwback" semua tu .. zaman sekarang semua dah canggih , beza sgt dengan khidupan dulu .. gaya hidup asyik ikut trend terkini yang entah apa-apa jer , hp asyik lekat kat tgn , berckp guna bahasa yg x tahu dri mne wjudnya , cerita kat tv asyik buat "cerita cinta" jer lpstu masalah sosial mmg org pandang sebelah mata jer ... yerlah, mmg bumi nie dah tua sgt dah sampai manusia dah lupa apa tujuan hidup kat dunia nie .. disebabkan semua dah canggih jd manusia pwn dah x dapat beza antara bau tahi ayam dgn bau bunga mawar .. aku kesian tgk budak2 generasi "alpha" nie .. muda-muda lagi dah tahu guna istilah "kapel" , "hipster" , "raver".. kalau zaman aku sekolah rendah dulu, yg aku tahu pergi sekolah, pergi mengaji, pergi KAFA, join aktiviti kat sekolah lpstu hjung mggu atau musim cuti sekolah barulah keluar main ngn kwn2, ngn jiran2 ... main video game yg gune tape tu, main bola "bayang", main "lompat getah", main masak2, main guli .. kalau balik kg pwn sama jugak .. tu jerlah permainan yg bdk2 zaman 90an main .. tapi skrg ? budak2 sekolah rendah dah ada akaun instagram, facebook, telegram lpstu post gambar2 kat media sosial tu .. stalker artis , buka youtube hafal lirik lagu-lagu cinta, usha2 makwe/pakwe .. budak2 nie x bersalah pwn dgn apa yg berlaku sbb keadaan semasa yg membuatkan hidup mereka terdedah dgn semua nie .. mereka semua ada mata utk melihat , ada telinga utk mendengar dan ada tgn + kaki utk meniru apa yg dilihat dan apa yg didengar .. kita ibu ayah, kakak2, abang2 yang bertanggungjawab utk didik genereasi "alpha" nie .. kalau kita sendiri yg mencipta sesuatu yg buruk dan mempersembahkannya kpd adik2 xkan ada sebab utk mereka tidak meniru semua tu .. zaman kanak2 adalah zaman di mana kita akan sentiasa memerhati keadaan sekeliling dan zaman remaja merupakan zaman di mana yg dikejar adalah keseronokan .. fikir-fikirkanlah ..
#RinduZamanKanak-kanak
waktu kan terus berjalan tetapi kenangan kan tetap di situ ..
abadikan segala kenangan dalam ingatan ..
Saturday, April 2, 2016
manusia
tidak akan engkau fahami
kerna yang merasa itu aku
tidak akan engkau mengerti
kerna yang terhiris itu aku
tidak akan engkau rasai
kerna yang meraung itu aku
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
aku berharap engkau memahami
engkau inginkan aku mengerti
hakikatnya,
fahamikah engkau akan derita aku ?
fahamkah aku akan cerita engkau ?
aku dan engkau makhluk tercipta,
bukankah kita punya pencipta ?
berharaplah hanya padaNya
bergantunglah dengan kekuatanNya
berserahlah untuk redhaNya
kerna,
hanya Dia yang memahami
hanya Dia yang mengerti
hanya Dia yang merasai ...
#BerserahDiriHanyaPadaNya
Wednesday, March 23, 2016
bahagia
Ramai org merungut ckp yg hidup dia x bahagia, byk masalah kena hadapi, buat itu x kena, buat ini x kena..lpstu ckp xder org syg dia, xder yg pedulikan dia, family x ambk tahu psl dia..mcm2 lah kan..tapi pernah x terfikir knp kita x bahagiakan jer diri kita sendiri ? knp mesti tunggu org lain yg bg "bahagia" tu kat kita ? kita x mampu ker nak buat diri sendiri bahagia ? urmm,,yerlah, bila kita tgk org yg baru kahwin lpstu dia post gmbar2 "bahagia" kat instagram mesti kita trus ckp "bahagianya hdup dia bila dah khwin"..dahtu, derita sgt ker hidup kita yg x kahwin nie ? lg satu, yakin ker yg dia tu "bahagia" dgn hdup dia sdgkan kita x tahu pwn mcm mana khidupan dia..logik lah, xkan dia nak post gmbar tgh bergaduh kot..mestilah dia post gmbar2 yg "hpy ending" jer..so ? kenapa kita nie suka sgt ckp yg hidup kita x bahagia mcm org lain..ehh, bukak mata lah..knp selalu nk samakan cerita kita dgn cerita org lain..sdgkan Allah ciptakan cop ibu jari si kembar pwn berbeza..inikan pulak jalan hidup kita dgn jiran sebelah..of course lah totally different..sebenarnya kan kita nie ada hak utk bahagia..bahagia tu adalah perasaan..perasaan yg kdg2 kita sendiri xleh nk ungkap sbbnya kita yg rasa bahagia tu..kita tgk Johan buat lawak pwn kita rasa bahagiakan ? betul x ? so, knp ckp yg hidup kita nie x bahagia ? susah ker nak wujudkan rasa bahagia tu ? x susah pwn..bahagiakan diri dgn cara yg tersendiri..bahagia tu bukan maksudnya hdup yg xder masalah..bukan namanya kehidupan tanpa kewujudan masalah..Allah dah janji, hanya dgn mengingati Dia hati menjadi tenang..bukankah rasa tenang itu adalah "bahagia" ? kalau rasa xder org yg syg kita, knp nak risau ? Allah kan ada..x payah nak tunggu org sambut birthday kita, org belanja kita mkn baru nak ase bahagia..bukan tu caranya..bahagia itu dalaman bukan luaran..kalau stress dgn keadaan sekeliling, cthnya ramai yg benci dgn sikap kita ker, xder yg nak berkawan dgn kita ker, rasa hidup nie sorang2, cubalah fikir semula..Allah bagi kita akal supaya kita blh kawal perasaan..mmg xkan ada yang faham diri kita sbb kdg2 kita sendiri pwn x faham apa yg kita nak sebenarnya..tapi kita x blh lupa yg Allah tu sentiasa memahami kita..Dia tahu apa yg kita nak..Dia tahu apa yg terbaik utk kita..senyum lah utk diri sendiri..cakap kat hati, "aku bahagia" ..
Jom layan lagu jap .. :)
#BahagiakanHidupmu
Saturday, March 19, 2016
sendiri
Bahagia . . .
amat sukar untuk ditafsir ,
juga payah untuk diungkap ,
apatah lagi untuk dicerita .
bahagia itu tidak terzahir ,
hanya terlahir di lubuk hati .
Kecewa . . .
datang dan pergi tiada berhenti ,
terasa sakit menikam sanubari ,
tiada dikongsi terbiar sendiri ,
biarkan lenyap berlalu sepi .
Itulah hakikat hidup insani ,
bahagia , kecewa silih berganti ,
teruskan hidup meskipun sendiri .
Thursday, March 17, 2016
cuba lah dulu ..
Alhamdulillah .. akhirnya dapat jugak aku siapkan assignment utk subjek polisi sosial dan undang2 nie .. betapa gigihnya aku sampai kol 3 pagi baru dapat tidur . aku bukan buat kerja last minute kay , tapi aku dah terpaksa ambik masa 2 hari utk cari maklumat yg tepat utk buat benda alah tu . pasal dasar negara kot mane boleh main hentam jer kan . kenalah ambik daripada sumber yg betul2 sahih . lepas dah complete semua maklumat barulah continue buat mindmap tu . masuk yg part mindmap nie lah aku nak kena guna bakat2 terpencil aku . aku mmg x suka buat kerja cincai2 . mmg kena betul2 puas hati . kena betul2 yakin , barulah aku akan hantar hasil kerja aku tu . bab2 kerja mmg aku ambik serius . x kisahlah full mark utk assignment tu 5 ker 10 ker 30 ker . yang penting aku buat dengan sehabis baik . sebenarnya, aku bukan nak cerita pasal tu pwn . aku nak kongsi sikit pasal ayat "belum cuba, belum tahu". sbbnya kan kita nie takut giler bab2 utk mencuba sesuatu nie . yerlah, x cuba lagi dah ckp "aku x pandai lah" , "aku x pernah buat" , "aku x der bakat utk buat mcm tu" . nampak x ayat2 yg mmg selalu lah kita ckp kan bila kita kena buat something yg kita rasa kita x mampu nak buat sedangkan kita x cuba buat pwn lagi . tapi yg peliknya, berani pulak kan bila nak buat benda2 yg x elok . nie lah masalah budak2 remaja skrg nie . yg elok tu x nak cuba buat tp kalau yg x elok tu berani jer nak try . aku x ckp kat org lain yer , aku ckp kat diri aku sndri jugak nie . contoh yg baru jer terjadi kat diri aku . bukan main lagi aku ase aku x blh nak siapkan assignment kat atas tu . aku ckp yg aku x pandai melukis lah . x kreatif . x ada idea . lpstu siap mengumpat pensyarah aku lagi sebab bagi assignment yg menyusahkan . tapi tgk lah hasil nya tu . menjadi jugak kan . lepastu plak tibe2 pandai plak aku lukis "warga kartun" tu . x tahu lah sejak bila jd pelukis . tapi itulah alkisahnya . sebelum buat punyalah x yakin yg aku blh siapkan mindmap se"comel" itu . tapi bila dah siap baru lah ase mcm "waa,, pandai jgk aku lukis ek" . alaa,, x salah pwn nak bangga diri dgn hasil kerja sendiri asalkan benda tu blh buat kau ase lebih yakin . so skrg percaya x dengan kata2 hikmah "belum cuba, belum tahu" ?
#JomUbahPersepsiDiri
stress
sebab sekarang tgh stress buat assignment yg x tahu bila blh siap nie,
so layan lagu nie lah kejap .
so layan lagu nie lah kejap .
nak ulang kat part " jadi x mahu ragu2 syg " tu jer byk2 kali .. hahaha ..
sebab rentak kat part tu ase mcm nk "hinjutkan bahu" + lirik tu jer yg ingt .. huhu..
okay , dah blh sambung buat assignment kot . bye3 .. :)
sebab rentak kat part tu ase mcm nk "hinjutkan bahu" + lirik tu jer yg ingt .. huhu..
okay , dah blh sambung buat assignment kot . bye3 .. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)